Friday 20 September 2013

Tempahan tapai @ tapaimilah.blogspot.com

Untuk yang berminat membuat tempahan, sila hubungi no tel berikut :-
06-4846096 (milah)
019-6761966 (linda)
013-3970154 (anuar)
Harga RM 1.00 sebekas
Menerima Tempahan Sekitar Gemas & Bahau Sahaja.

** Tempahan hendaklah dibuat seawal 3 hari dari tarikh majlis **

Thursday 19 September 2013

Cara Membuat Tapai



Bahan-bahan 
1. Pulut
2. Gula
3. Ragi
4. Air

Langkah Penyediaan   
1. Pulut hendaklah dicuci 2-3 kali (seperti mencuci beras), kemudian dikukus selama 1/2 jam.
2. Apabila pulut sudah dikukus, sejukkan seketika.
3. Gaulkan pulut, gula, dan ragi bersama air (masukkan air sedikit demi sedikit). 
4. Setelah sebati, bolehlah dibungkus dengan menggunkan daun tapai atau daun pisang, atau bekas yang bertutup.
5. Peram tapai selama 2-3 hari.
6. Tapai sedia dihidangkan. 

Info tapai

Tapai ialah sejenis penganan yang dibuat daripada pulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular jika dibandingkan dengan tapai ubi.
Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan bahan seperti pulut, ragi dan sedikit gula. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dicampurkan sehingga sebati. Kemudiannya akan dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakan daun yang disebut sebagai daun tapai. Tetapi pada zaman ini, daun tapai semakin sukar didapati dan kebanyakan tapai dibungkus dengan menggunakan daun pisang.
Terdapat sedikit perbezaan rasa antara tapai yang dibungkus dengan daun tapai dan tapai yang dibungkus dengan daun pisang.
Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam pasu tempayan yang besar dan ditutup dengan kain. Setelah diperam dan disimpan selama 2-3 hari, tapai itu akan masak dan barulah boleh dimakan. Tapai yang telah masak mengeluarkan air yang sangat manis. Air tapai ini boleh diminum dan juga boleh dijadikan sebagai ubat tradisional.
Orang tua zaman dahulu juga mempunyai pantang larang apabila hendak membuat tapai. Apabila tapai sedang dibungkus, seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau mendekatkan dengan benda-benda yang berwarna merah. Jika pantang larang ini dilanggar, tapai tersebut akan berwarna merah dan rasanya tidak sedap. Seseorang itu juga tidak boleh memakan benda yang masam ketika membungkus tapai kerana ia akan menyebabkan tapai menjadi masam. Bagi wanita yang 'datang bulan' juga tidak boleh membuat tapai ini kerana rasa yang akan terhasil daripada pembuat tadi tidak 'jadi'atau masam dan sebagainya.
Tapai yang telah masak juga tidak boleh disimpan lama, masanya adalah lebih kurang dalam 2 hari sahaja dan kerana rasanya yang terlalu manis biasanya sesuai dimakan pada waktu tengah hari sebagai pencuci mulut, dan sekiranya mahu menambahkan lagi kesedapan tapai, tapai itu boleh dicampurkan dengan santan kelapa dan dimasukkan sedikit ais.

Makanan Tradisi Turun Temurun @ tapaimilah.blogspot.com

Hasil kerjatangan ibunda mertua inilah yang menyebabkan aku jatuh cinta dengan makanan turun temurun ini. Kalau tiba je hari raya, mesti minta mak buatkan tapai..Tak kira lah, kadang-kadang tak raya pun mak rajin buat sebab ayahanda mertua suka makan. Mak jugak selalu terima tempahan tapai sekiranya ada kenduri kahwin.
Tapai mak memang sedap, manis dan menyelerakan.Lebih sedap lagi kalau makan dengan santan & ais..marvelous......nyam-nyam..Mak memang "expert" buat tapai pulut, nak buat nya memang susah, banyak kerja, tapi kalau sabar dan tekun, InsyaAllah hasil nya lumayan gitu.
Memang betul lah kata orang tua-tua, nak buat tapai ni ada pantang larang nya.Pernah sekali tu, masa nak merasa tapai mak, tiba-tiba perasan ada satu bekas tu tapai nya bertukar jadi warna merah. Terperanjat mak, mana tak nya, takut jugak yang lain pun sama tak menjadi, nasib baik lah yang lain tu menjadi. Memang terkejut masa tu, rupanya nya betul jugak kata orang tua-tua ni, kalau kita tak tengok dengan mata sendiri memang tak percaya, tapi itulah kenyataannya.